Sempena Hari Merdeka saya akan menyahut cabaran Audrey dan mengikut trend blogger-blogger lain pada bulan ini untuk berblog dalam bahasa melayu.
Pertama sekali, ingin saya memberi sedikit pujian kepada saudari Daphne atas ketekalannya berblog dalam bahasa melayu sepanjang bulan Ogos. Azam Daphne dalam menghabiskan misinya harus dicontohi semua. Sekiranya para pembaca berasa stail penulisan saya seperti menjawab soalan pendidikan moral, ini adalah kerana ayat bahasa melayu penuh yang terakhir yang saya tulis sebelum ini adalah ketika saya belajar di matrikulasi dahulu. ini adalah alasan yang sangat munasabah dan haruslah diterima oleh semua pembaca. Ya, saya masih ingat lagi yang 'semua pembaca sekalian' adalah salah dari segi tatabahasa.
Baiklah, kembali ke tajuk berblogging dalam bahasa melayu, ide ini sebenarnya tidak lahir dari fikiran Daphne. Dia sebenarnya hanya menyahut seruan seorang blogger lain yang patriotik. Akan tetapi, blogger ini juga bukan blogger Inggeris pertama yang berblogging dalam Bm. Tidak, kerana seingat saya saudari Tan Sze Huey telah berblogging dalam BM pada bulan merdeka tahun lalu !(ataupun 2 tahun lalu. lupalah) Dan sekiranya pembaca sekalian ingat perkataan 'ide' pada permulaan perenggan ini adalah kesalahan dalam penaipan, saudara saudari telah tersilap. Ide sebenarnya adalah cara lama untuk mengeja perkataan idea dan masih lagi sahih mengikut dewan bahasa dan pustaka. Haha tengoklah, BM saya sungguh hebat bukan!
Demi menyambut bulan merdeka, saya telah memuat turun dua buah lagu yang merupakan versi alternatif lagu kebangsaan kita, iaitu versi rap yang telah menimbulkan kontroversi di negara kita serta lagu hawaii yang telah dicuri melodinya untuk menjadi lagu kebangsaan kita (untuk maklumat lanjut layari kennysia.com)[dan orang-orang bodoh yang ingat "muat turun" adalah translasi saya sendiri untuk perkataan "download", anda telah tersilap. Frasa ini juga sahih dalam BM). Saya mendapati kedua-dua buah lagu ini sunnguh sedap dan tidak muak walau didengari sepanjang hari. Siapa sangka lagu kebangsaan kita boleh menjadi sebegini lunak?
Ok lah, sampai sini sahaja coretan saya pada kali ini. Pos ini sepatutnya ditulis semalam sempena hari kebangsaan, tetapi semalam saya telah meraikan merdeka dengan menjamu selera di restoran Msia dan selepas itu menonton filem Bourne Ultimatum di pawagam dan saya berasa sungguh letih selepas saya pulang ke bilik. Akhir kata, ingatlah bahawa ianya bukan "mempersiasuekan" tetapi "menyiasuekan" dan 31 Ogos adalah hari kebangsaan dan bukannya hari jadi Msia, kerana hari jadi Msia adalah pada 16 September iaitu ulang tahun pembentukan negara Msia. Ya saya tahu, iklan-iklan itu semuanya terencat akal.
Saturday, September 01, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Syabas Tan Sze Ching! Usaha anda adalah teramat memotivasikan. Anda patutlah dinominasikan sebagai model blogger bagi contohan murid-murid yang masih belajar.
Terima kasih, walaupun komen anda penuh dengan kesalahan tatabahasa. Berikut adalah komen anda yang telah diperbetulkan:
Syabas Tan Sze Ching! Usaha anda amat memotivasikan. Anda patut dinominasi sebagai model blogger untuk dicontohi murid-murid yang masih belajar.
omg, so geng ar..still remember da difficult words..i dun even noe wat da lunak means..ahha..
chialing
of course =)
sungguh hebat! =D
kudos!
thanx! who is this?
Post a Comment