About Me

Copyright © 2006 Sean/ZChing Corp Unltd.
All rights reserved. All wrongs released.

Friday, July 11, 2008

OMG

This is in The Borneo Post.

Read the bold words.

It could've been me.



3 terbunuh dalam tempoh 3 jam
Oleh Andy Sabang dan Abang Ismail

Seorang pemuda maut lepas sebulan berkahwin, dua wanita maut selepas Kancil bertembung Kenari

SIBU, 7 Ogos: Seorang pemuda yang baru sahaja mendirikan rumah tangganya pada bulan lalu, menemui maut di jalan raya apabila lori membawa muatan tong gas yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori lain di Kilometer 41 Jalan Sibu/Bintulu.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Lau Hui Ming berusia 25 tahun dari Taman Rejang, Sibu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 awal pagi tadi, mangsa sedang dalam perjalanan pulang untuk menghantar tong gas ke pusat pengumpulannya di Selangau.

Bagaimanapun punca sebenar kejadian sehingga berita ditulis masih belum diketahui, dan Utusan Borneo difahamkan lori yang dipandu mangsa telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang pancit di tepi jalan.

Akibat kecelakaan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Orang awam yang menyaksikan kejadian ngeri itu terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Turut berkejar ke tempat kejadian ialah anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sentral Sibu.

Sementara itu, majikan mangsa yang turut datang ke tempat kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, memberitahu mangsa telah bekerja dengannya sejak setahun yang lalu.

Sebelum kejadian katanya, beliau ada menghubungi mangsa dan bertanyakan di mana beliau berada.

“Ketika saya menghubungi mangsa kira-kira jam 10 malam tadi, mangsa memberitahu saya yang dia berhenti makan di Batu 8 Jalan Sibu/Bintulu,” ujar beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Namun selepas beberapa jam kemudian, mangsa katanya, masih belum kunjung tiba, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari mangsa.

“Saya ada hubungi telefon bimbitnya beberapa kali tetapi tidak berjaya. Tidak cukup dengan itu saya yang bimbangkan keselamatannya turut menghubungi ahli keluarganya,” tambah beliau.

Menurut majikannya lagi, mangsa merupakan seorang pekerja yang rajin serta patuh akan arahannya.

Ahli keluarga mangsa turut bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan memberitahu mangsa merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik.

Menurut mereka mangsa merupakan sumber mata pencarian keluarganya dan bekerja menjual tong-tong gas di sekitar kawasan Sibu Jaya dan juga Selangau.

Sementara itu di Bintulu, dua wanita terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan masing-masingnya sebuah kenderaan Kancil dan Kenari sekitar jam 10.30 malam tadi di simpang lampu isyarat ke Nyabau dan jalan Tanjung Kidurong.

Mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian ialah penumpang kereta Kancil dikenalpasti sebagai Ulat ak Kudul, 44 yang merupakan isteri kepada pemandu kereta itu.

Manakala pemandunya Janting ak Sumbang, 46 yang mengalami kecederaan parah di kepala kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital Bintulu dan anak mereka Henry ak Janting pula mengalami kecederaan ringan. Difahamkan kesemua mereka tercampak dari dalam kenderaan mereka akibat impak dari kemalangan terbabit.

Sementara seorang lagi wanita yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian adalah penumpang kenderaan Kenari dikenalpasti sebagai Christine Tan Sze Ching, 19 yang dipercayai mengalami kecederaan parah.

Dan seorang lagi dalam kenderaan Kenari itu pula merupakan seorang lelaki dan difahamkan masih hidup dan turut mengalami kecederaan parah.

Kenderaan Kancil yang dipandu Janting itu dipercayai dalam perjalanan dari Nyabau ke rumah mereka di RPR Kidurong di sini, dan Kenari pula dalam perjalanan dari pusat bandar ke Kidurong.

Akibat pelanggaran dahsyat itu, kedua-dua kenderaan terbabit terbalik di tepi simpang lampu isyarat tersebut. Pasukan paramedik dari hospital Bintulu, polis trafik serta anggota Bomba turut bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa malam tadi.

3 comments:

nh said...

orang lapang sangat pergi google nama sendiri lagi.

alonq_exe said...

Whoever it is, i lol at the above comment.

Sean said...

ok so i super syok sendiri can?